
Tentang Pertandingan Esei
Hadiah Rahim & Ibrahim
Bersempena hari alam sekitar yang di sambut pada 5 jun setiap tahun pertandingan esei Hadiah Rahim & Ibrahim Kembali lagi. Pertandingan esei hadiah rahim dan Ibrahim ini mula diadakan pada tahun 1989, dan menjadi acara tahunan di Kolej Melayu Kuala Kangsar sehingga tahun 1996. Selaras dengan isu semasa dan status alam sekitar sedunia, pengurusan Hadiah Rahim & Ibrahim dengan kerjasama YWP berpendapat untuk memupuk kesedaran, kefahaman dan minat dalam bidang PASTI.
Pertandingan ini juga mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan bahasa dan gaya penulisan berkualiti tinggi dalam kalangan pelajar di seluruh negara. Selain itu, pertandingan ini juga merupakan di peringkat kebangsaan bertujuan memupuk kemahiran insaniah seperti pemikiran kritis, kreativiti, dan komunikasi berkesan. Dengan sokongan daripada ibu bapa, guru, dan pihak sekolah, kemahiran ini dapat mempersiapkan pelajar untuk menghadapi cabaran kerjaya masa depan.
Kategori Penyertaan

Hantar Penyertaan Anda
- Pertandingan ini mendapat kebenaran dan sokongan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan no rujukan KPM.600-12/1/4/Jld. 49 (25)
- Semua peserta perlu menulis esei dengan menggunakan tulisan komputer sahaja berdasarkan tajuk yang sudah ditetapkan oleh penganjur.
- Format tulisan “Arial/ Calibri, saiz 12”. Butiran peserta perlu diletakkan atas sebelah kiri pada setiap helaian esei (Nama, Nombor Kad Pengenalan, Nama dan kod Sekolah, Tajuk Esei).Panjang Esei :
Kategori A : Tidak melebihi 300 patah perkataan
Kategori B : Tidak melebihi 1000 patah perkataan
Kategori C : Tidak melebihi 2000 patah perkataan - Peserta muat naik dan mengisi Borang Kebenaran Ibu-Bapa dengan lengkap pada pautan yang disediakan https://bit.ly/3IqeKEQ
- Untuk penghantaran esei, peserta perlu mengimbas (scan) dalam bentuk dokumen PDF/ mengambil gambar dalam bentuk JPEG dan memuat naik bersama ketika mengisi Borang Penyertaan dalam talian di pautan Google Form yang disediakan.
- Pemenang akan diumumkan melalui Facebook LIVE YWP pada tarikh yang ditetapkan.